Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa 5.5 Richter gegar Jawa Barat

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa 5.5 Richter gegar Jawa Barat

Wilayah Pangandaran, Barat Jawa (Gambar: Petikan Google Maps)

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter melanda pantai selatan wilayah Jawa Barat pada 10.00 pagi waktu Indonesia Barat pada Rabu (16 Mac).

Menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Pusat gempa dengan kedalaman 10 kilometer berada pada 7.94 darjah selatan dan 106.94 darjah timur.

Media tempatan melaporkan penduduk di bandar Sukabumi, Jawa Barat, lari meninggalkan rumah masing-masing.

Gegaran sederhana turut dirasai di Bandung, Bekasi dan Jakarta, termasuk bandar satelit, Tangerang dan Depok.

Sejauh ini, tiada laporan mengenai kerosakan teruk atau kemalangan jiwa.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan