Skip to main content

Dunia

Gempa 5.4 Richter gegarkan selatan Filipina

Anggaran Waktu Membaca:

MANILA: Gempa bumi berukuran 5.3 pada skala Richter melanda wilayah Davao Oriental di selatan Filipina petang ini (23 Jan), lapor Xinhua. 

Gempa itu melanda pada pukul 2.23 petang (waktu tempatan) pada kedalaman 19 kilometer, kira-kira 98 kilometer dari bahagian tenggara bandar Manay, menurut Institut Kajian Gunung Berapi dan Seismologi Filipina. 

Institut tersebut juga menyatakan gempa tektonik itu akan mencetuskan gempa bumi susulan tetapi tidak akan menyebabkan sebarang kerosakan. 

Rantau itu dilanda dua gempa bumi berukuran 6.1 dan 5.4 pada skala Richter pada Sabtu (22 Jan). Tiada kerosakan dilaporkan. 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita