Gempa 5.3 Richter gegar Pulau Izu di selatan Tokyo
TOKYO: Gempa bumi berukuran 5.3 pada skala Richter melanda Pulau Izu di selatan Tokyo pada Isnin (22 Mei).
Demikian menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA) yang dipetik Xinhua.
Gempa itu melanda sekitar pukul 4.42 petang waktu tempatan pada kedalaman kira-kira 10 kilometer.
Tiada kecederaan dilaporkan atau amaran tsunami dikeluarkan setakat ini, lapor agensi berita Kyodo News.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.