Gempa 5.2 Richter gegar Meulaboh, Aceh Barat
MEULABOH: Penduduk Meulaboh, ibu kota Daerah Aceh Barat panik apabila gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Richter menggegarkan Wilayah Aceh itu, pada Khamis (10 Mac).
"Gempa itu tidak berpotensi menyebabkan tsunami," menurut jurucakap stesen Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) di Meulaboh, Yoga Al Ma'ruf, menerusi kenyataan bertulis hari ini.
Gempa yang berlaku pada 11.26 pagi waktu Indonesia itu terletak 41 kilometer di barat daya Meulaboh, pada kedalaman 15 kilometer.
Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.