Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa 5.2 Richter gegar Banda Aceh

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa 5.2 Richter gegar Banda Aceh

Gambar hiasan. (Gambar: AFP/Frederick Florin)

Diterbitkan : 12 May 2022 08:41AM Dikemas Kini : 12 May 2022 08:41AM

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Richter melanda wilayah Banda Aceh, Aceh, pada pukul 12.27 malam hari Khamis(waktu tempatan). 

Menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), pusat gempa dengan kedalaman 13 kilometer berada di laut 117 kilometer barat daya Banda Aceh. 

Gegaran gempa turut dirasakan di sekitar wilayah Banda Aceh, Aceh Besar dan Aceh Jaya. 

Sejauh ini, tiada laporan tentang potensi tsunami akibat gempa tersebut, menurut BMKG. 

Namun, ia menasihatkan orang ramai agar berwaspada kerana kemungkinan berlaku gempa susulan. 

Sumber : Bernama/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa