Gempa 5.0 Richter landa selatan Laut Maluku, Indonesia
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter dikesan berlaku di selatan Laut Maluku, Indonesia pada pukul 1.08 tengah hari Ahad (21 Ogos).
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya pada Ahad (21 Ogos) memaklumkan gempa itu dilapor berlaku pada jarak 195 kilometer selatan dari Tomohan, Indonesia, pada kedalaman 58 km.
Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, kenyataan itu memberitahu gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada negara jiran, Malaysia.

Sumber : Bernama/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.