Skip to main content

Dunia

Gempa 5.9 Richter gegarkan Taiwan

Gempa bumi sekuat 5.9 pada skala Richter menggegarkan Taiwan pada Khamis (8 Ogos), menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS). Gempa tersebut menjejas lalu lintas dan mengakibatkan bekalan elektrik terputus, namun tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa 5.9 Richter gegarkan Taiwan

(Peta: USGS)

Diterbitkan : 08 Aug 2019 08:14AM Dikemas Kini : 08 Aug 2019 08:16AM

TAIPEI: Gempa bumi sekuat 5.9 pada skala Richter menggegarkan Taiwan pada Khamis (8 Ogos), menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS). Gempa tersebut menjejas lalu lintas dan mengakibatkan bekalan elektrik terputus, namun tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Gempa itu melanda pada 5.28 pagi, pada kedalaman 10 kilometer di daerah timur laut Yilan. Biro kaji cuaca Taiwan menganggarkan gempa itu berukuran 6.0 pada skala Richter.

Bangunan-bangunan tinggi bergoyang di ibu kota Taipei, membuatkan ramai orang terjaga daripada tidur.

Pihak berkuasa menyatakan gegaran gempa tersebut turut dirasakan di merata Taiwan dan menyebabkan gangguan pada bekalan tenaga elektrik kepada lebih 1,300 rumah di kawasan Taipei. Sesetengah khidmat kereta api di Yilan juga digantung.

Taiwan terletak berdekatan dengan dua kepingan tektonik dan kerap dilanda gempa bumi.

Pada April, gempa bumi sekuat 6.1 pada skala Richter melanda pulau tersebut dan menjejas laluan trafik serta menyebabkan 17 orang cedera.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita