Gempa 5.8 Richter melanda Bali
Gempa bumi sekuat 5.8 pada skala Richter menggegarkan pulau Bali di tengah Indonesia hari ini (26 Apr).

(Gambar: usgs.gov)
JAKARTA: Gempa bumi sekuat 5.8 pada skala Richter menggegarkan pulau Bali di tengah Indonesia hari ini (26 Apr).
Demikian menurut agensi meteorologi dan geofizik seperti yang dilaporkan oleh agensi berita Xinhua.
Gempa itu melanda pada pukul 4.54 petang waktu tempatan dengan pusat gempa terletak 89 kilometer di timur laut daerah Karangasem pada kedalaman 366 kilometer.
Indonesia kerap dilanda gempa kerana ia terletak di zon yang dipanggil 'Pacific Ring of Fire' atau Lingkaran Gunung Berapi Pasifik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.