Gempa 5.8 Richter gegar Barat Papua
Sebuah gempa bumi sekuat 5.8 pada skala Richter melanda bahagian Barat Papua pada Jumaat (28 Dis), mencetuskan keadaan panik di kalangan penduduk, seminggu setelah sebuah tsunami meragut nyawa ratusan orang di bahagian barat wilayah itu.
(Gambar: Jabatan Geologi Amerika Syarikat)
JAKARTA: Sebuah gempa bumi sekuat 5.8 pada skala Richter melanda bahagian Barat Papua pada Jumaat (28 Dis), mencetuskan keadaan panik di kalangan penduduk, seminggu setelah sebuah tsunami meragut nyawa ratusan orang di bahagian barat wilayah itu. Demikian menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (AS).
Pihak berkuasa Indonesia mengukur gempa dengan 6.1 magnitud dan mengatakan bahawa ia "boleh dirasakan agak kuat untuk beberapa saat".
Tiada sebarang laporan mengenai kecederaan mahupun kemusnahan dilaporkan.
Wilayah Papua yang merupakan sebahagian dari kepulauan New Guinea, tidak mempunyai ramai penduduk.
Agensi meteorologi Indonesia menyatakan gempa yang berlaku tidak mempunyai potensi boleh mencetuskan tsunami.
Sebuah tsunami yang berpunca daripada sebahagian kawah gunung berapi runtuh pada Sabtu membunuh sekurang-kurangnya 430 orang apabila ombak setinggi 5 meter membadai Selat Sunda antara pulau-pulau Jawa dengan Sumatra.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.