Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa 5.4 Richter gegarkan Sulawesi; sekitar 129km dari bandar Palu

Gempa bumi berukuran 5.4 pada skala Richter menggegarkan pulau Sulawesi pada Ahad (24 Mac), menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa 5.4 Richter gegarkan Sulawesi; sekitar 129km dari bandar Palu

Gempa bumi berukuran 5.4 pada skala Richter menggegarkan pulau Sulawesi pada Ahad. (Gambar: USGS)

Diterbitkan : 24 Mar 2019 02:26PM Dikemas Kini : 24 Mar 2019 02:45PM

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 5.4 pada skala Richter menggegarkan pulau Sulawesi pada Ahad (24 Mac), menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Bencana alam itu melanda 129km (80 batu) dari bahagian tenggara bandar Palu pada kedalaman 10km. Pada awalnya gempa bumi itu dianggarkan berukuran 5.8 pada skala Richter dan melanda pada kedalaman 36km.

Tiada kerosakan dilaporkan sejauh ini.

Gempa dahsyat dan tsunami yang melanda pulau Sulawesi pada tahun lalu mengorbankan lebih 2,000 orang.

Gempa berukuran 7.5 pada skala Richter yang melanda pulau Sulawesi pada 28 September tahun lalu mencetuskan ombak tsunami yang memusnahkan banyak bangunan di Palu.

Sebelum itu, bandar tersebut tidak dianggap berisiko dilanda tsunami dan kerana ia kurang bersedia menghadapi bencana, gempa bumi dan tsunami yang melanda meragut nyawa lebih 1,400 orang, dengan beratus-ratus yang lain cedera atau dilaporkan hilang.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan