Gempa 4.7 Richter gegar timur Turki
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar hiasan: iStock)
ISTANBUL: Gempa bumi berukuran 4.7 pada skala Richter menggegarkan wilayah timur Turki, Malatya, pada awal Isnin (13 Mac).
Pejabat Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) menyatakan gempa melanda wilayah Puturge pada kedalaman 10 kilometer.
Bencana alam itu berlaku sekitar pukul 4.30 pagi waktu tempatan, lapor agensi berita Anadolu.
Ia berlaku ketika Turki sedang bergelut dengan kesan gempa dahsyat yang memusnahkan bahagian selatan negara itu pada 6 Februari lalu, mengorbankan lebih 47,900 jiwa.
Lebih 13 juta penduduk di Turki tejejas dek gempa tersebut.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.