Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa 4.1 skala Richter gegarkan Bandung

Gempa bumi bermagnitud 4.1 pada skala Richter menggegarkan tenggara Bandung, Jawa Barat tengah hari ini (1 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa 4.1 skala Richter gegarkan Bandung

(Gambar: BMKG Bandung Twitter)

Diterbitkan : 11 Feb 2019 08:22PM Dikemas Kini : 11 Feb 2019 08:30PM

JAKARTA: Gempa bumi bermagnitud 4.1 pada skala Richter menggegarkan tenggara Bandung, Jawa Barat tengah hari ini (1 Feb).

Gempa yang berpusat di 17 Kilometer Tenggara Kabupaten Bandung, Jawa Barat itu berlaku pada jam 1.08 tengah hari waktu Indonesia Barat.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG), gegaran gempa itu dirasai di daerah Bojongsoang dan Banjaran Kabupaten Bandung.

Tiada ancaman tsunami dikeluarkan.

Tiada laporan kerosakan dan kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Sementara itu, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dalam satu kenyataan menyatakan bahawa pelajar-pelajar Malaysia di Bandung dilaporkan selamat dan tidak terjejas akibat kejadian itu.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan