Skip to main content

Dunia

Gelombang tsunami selepas letusan Gunung Ruang boleh capai 25 meter

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Badan geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia memberi amaran potensi ketinggian gelombang tsunami akibat letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi utara boleh mencapai 25 meter.

Heruningtyas Desi Purnamasari, pegawai di Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Geologi Indonesia (PVMBG) berkata, potensi tsunami tersebut mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.

Menurutnya, berdasarkan catatan, potensi tsunami berada pada ketinggian 25 meter dan ia sangat berbahaya, lapor Astro Awani.

Cik Heruningtyas menjelaskan, potensi tsunami yang disampaikan pihaknya mencerminkan sejarah letusan Gunung Ruang pada Mac 1871.

Ketika itu, ombak melanda pantai Tagulandang dengan ketinggian dianggarkan 25 meter.

Menurutnya, bencana itu meragut 300 hingga 400 nyawa.

Cik Heruningtyas menambah, potensi tsunami boleh berlaku sekiranya bahan letusan Gunung Ruang jatuh ke dalam laut dan menyebabkan paras air laut meningkat.

Menurutnya, orang ramai dalam jarak enam kilometer dari Gunung Ruang perlu segera berpindah.

Orang ramai di Pulau Tagulandan khususnya yang tinggal berhampiran pantai harus sedar mengenai potensi letupan batu pijar, awan panas dan tsunami akibat runtuhan badan gunung berapi ke dalam laut.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita