Gelombang haba ubah cara hidup penduduk Jepun
Anggaran Waktu Membaca:
Matahari terik menyinari Tokyo Station ketika Jepun berdepan gelombang haba. (Gambar: CNA/Michiyo Ishida)
TOKYO: Ketika Jepun berdepan antara musim panas paling panas dalam rekod, usaha untuk kekal sejuk kini menjadi sebahagian daripada kehidupan harian penduduk.
Di jalan-jalan raya di Tokyo, warga emas dilihat berhenti berehat di tepi jalan, manakala ramai yang menggunakan kipas mudah alih, payung perlindungan sinaran ultraungu (UV) dan gelang penyejuk leher bagi mengurangkan kesan cuaca panas.
Peruncit pula menyediakan pelbagai produk penyejuk seperti kipas mudah alih, payung UV dan gelang penyejuk yang diperbuat daripada bahan perubahan fasa yang boleh dibekukan.
Para pekerja luar turut memakai jaket yang dilengkapi kipas bagi membantu menurunkan suhu badan ketika bekerja.
Ramai penduduk turut mengubah rutin harian mereka.
Ada yang membiarkan penyaman udara beroperasi sepanjang malam, manakala yang lain menghabiskan hari cuti di kafe atau gimnasium bagi mengelakkan cuaca panas.
Sistem kereta api Jepun yang terkenal dengan ketepatan masa juga terjejas apabila beberapa perkhidmatan mengalami kelewatan selepas penumpang rebah akibat strok haba.
Suhu di Jepun meningkat mendadak sejak pertengahan Julai.
Minggu lalu, negara itu merekodkan suhu melebihi 40 darjah Celsius selama lima hari berturut-turut, dengan suhu tertinggi 41.1 darjah Celsius dicatatkan di Hamamatsu, wilayah Shizuoka.
Susulan cuaca panas yang melampau, Agensi Meteorologi Jepun memperkenalkan istilah baharu, "kokushobi", bagi merujuk kepada hari yang mencatat suhu melebihi 40 darjah Celsius.
CUACA PANAS JEJAS KESIHATAN AWAM
Menurut Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana Jepun, 10,857 orang dimasukkan ke hospital akibat strok haba dalam minggu berakhir 13 Julai, lebih dua kali ganda berbanding 4,580 orang pada minggu sebelumnya.
14 orang maut, manakala lebih 300 lagi berada dalam keadaan serius.
Osaka mencatatkan jumlah kes strok haba tertinggi, diikuti Aichi dan Tokyo.
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran strok haba di kebanyakan daripada 47 wilayah Jepun dan menggesa orang ramai supaya berada di dalam bangunan, menggunakan penyaman udara, minum air secukupnya serta mengelakkan aktiviti lasak di luar.

Gelombang haba itu turut menjejaskan acara sukan musim panas.
Nagoya menggantung kejohanan olahraga sekolah menengah pada 21 dan 22 Julai, manakala satu perlawanan besbol liga kecil dihentikan selepas beberapa pemain dilaporkan kurang sihat akibat cuaca panas.
Agensi Meteorologi Jepun menjangkakan suhu lebih tinggi daripada purata akan berterusan di seluruh negara bagi tempoh tiga bulan akan datang.

Sumber : CNA/FD/fd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.