Skip to main content

Dunia

Gelombang haba ragut 61 nyawa di Thailand

Gelombang haba luar biasa dengan suhu yang dirasai melebihi 52 darjah Celsius setakat ini meragut 61 nyawa di Thailand, menurut laporan agensi berita Jerman (dpa) yang memetik laporan Kementerian Kesihatan Thailand di Bangkok pada Jumaat (10 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Gelombang haba luar biasa dengan suhu yang dirasai melebihi 52 darjah Celsius setakat ini meragut 61 nyawa di Thailand, menurut laporan agensi berita Jerman (dpa) yang memetik laporan Kementerian Kesihatan Thailand di Bangkok pada Jumaat (10 Mei).

Perangkaan itu lebih dua kali ganda daripada jumlah kes strok haba yang dicatatkan sepanjang tahun 2023.

Kebanyakan kematian berlaku di bahagian timur laut Thailand di mana para penduduk bergantung kepada sektor pertanian.

Gelombang haba yang melanda sejak beberapa minggu kebelakangan ini menyebabkan suhu pada sebelah malam kekal sekitar 30 darjah Celsius di Bangkok dan kebanyakan kawasan lain di negara itu.

Hujan melanda banyak kawasan di negara itu pada awal minggu ini buat kali pertama dalam masa beberapa bulan.

Suhu pada mulanya turun namun, ia meningkat semula melebihi 30 darjah Celsius.

Pakar cuaca mengaitkan suhu tinggi itu dengan fenomena El Niño, namun menurut Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Asia sedang mengalami kadar pemanasan lebih pantas berbanding purata global.

Bangladesh, Vietnam, Myanmar dan Filipina juga sedang mengalami suhu tinggi yang luar biasa.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita