Skip to main content

Dunia

Gelombang haba melampau di barat Amerika Syarikat, California isytihat darurat

Gabenor California, Gavin Newsom pada Khamis (8 Jul) mengisytiharkan darurat di lebih banyak daerah berikutan gelombang haba yang melanda sebahagian besar kawasan barat Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Gelombang haba melampau di barat Amerika Syarikat, California isytihat darurat

(Gambar hiasan: Unsplash)

Diterbitkan : 09 Jul 2021 03:55PM Dikemas Kini : 09 Jul 2021 04:18PM

LOS ANGELES: Gabenor California, Gavin Newsom pada Khamis (8 Jul) mengisytiharkan darurat di lebih banyak daerah berikutan gelombang haba yang melanda sebahagian besar kawasan barat Amerika Syarikat.

Dalam satu sidang media beliau berkata amaran itu dikeluarkan ke atas sembilan lagi daerah menjadikan jumlah terkini sebanyak 58, lapor Agensi Berita Xinhua.

Sidang media itu diadakan di hadapan sebuah tasik yang semakin kekeringan, di San Luis Obispo County. 

Beliau berkata sekitar 42 peratus penduduk di daerah terlibat tertakluk di bawah garis panduan darurat  itu. California yang juga dikenali “Golden State’ itu dihuni lebih 40 juta penduduk.

Newsom turut menyeru penduduk berjimat cermat dalam penggunaan air. 

"Kami berharap… masyarakat mengurangkan penggunaan air sebanyak 15 peratus, tidak hanya tertakluk pada unit kediaman, tetapi merangkumi pihak industri, komersial dan pertanian seperti musim kemarau sebelum ini," katanya.

California sekali lagi dilanda kemarau buruk tahun ini. Sebelum ini, Newsom mengisytihakanr darurat di dua daerah di California Utara pada April dan kemudian diperluaskan kepada 41 dari 58 daerah pada Mei.

"Ketika musim kemarau lepas, kita berjaya berjimat-cermat dan sudah tentu kita mampu lakukannya sekali lagi. 

“Rakyat mampu mengurangkan penggunaan air secara sukarela sehingga 15 peratus, sehingga menjimatkan 850,000 meter padu, cukup untuk bekalan 1.7 juta isi rumah selama setahun. "

Sumber : Bernama/SS/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita