Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gelombang haba China semakin teruk; jalan raya retak, bumbung rumah rosak

Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: Ibu kota komersil China, Shanghai, antara puluhan bandar yang mengalami cuaca panas melampau.

Suhu yang terlalu tinggi itu menyebabkan jalan raya retak dan bumbung rumah rosak sehingga memaksa orang ramai untuk mencari tempat perlindungan di bawah tanah.

Setakat pukul 3.00 petang pada Selasa (12 Jul) 86 bandar termasuk Shanghai sudah mengeluarkan amaran merah, iaitu amaran tertinggi dalam sistem amaran tiga peringkat.

Amaran tersebut meramalkan suhu melebihi 40 darjah Selsius bagi tempoh 24 jam akan datang. Kerja-kerja pembinaan dan kerja-kerja di luar sudah dihentikan.

Shanghai yang masih memerangi penularan COVID-19 memberi amaran kepada 25 juta penduduk supaya menyiapkan diri bagi cuaca yang panas minggu ini.

Sejak penyimpanan rekod bermula pada 1873, Shanghai hanya mempunyai 15 hari dengan suhu melebihi 40 darjah Celsius.

Ia merupakan musim panas yang berbeza buat China tahun ini dengan gelombang panas dan hujan lebat menyebabkan bencana di seluruh negara.

Pihak berkuasa menyatakan bahawa perubahan iklim memberikan amaran mengenai kemungkinan bencana cuaca bermula pada pertengahan bulan Julai. Ia kebiasaannya adalah musim paling panas dan paling kerap hujan dalam setahun.

Di sebuah bandar di selatan wilayah Jiangxi, sebahagian jalan melengkuk sekurang-kurangnya 15 sentimeter (cm) akibat cuaca panas, lapor media tempatan.

Minggu ini, suhu, kelembapan dan sinaran ultra ungu yang tinggi juga diramalkan menyelubungi pusat bandar Wuhan.
 
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan