Skip to main content

Dunia

Gelombang haba, bencana alam lebih rumit diramal badai Vietnam tahun ini

Vietnam tahun ini diramal mengalami suhu panas paling tinggi, menurut laporan terbaru Jabatan Pentadbiran Meteorologi dan Hidrologi, lapor agensi berita Vietnam (VNA) pada Isnin (4 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Gelombang haba, bencana alam lebih rumit diramal badai Vietnam tahun ini

Bendera negara Vietnam (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 05 May 2020 08:46AM Dikemas Kini : 05 May 2020 08:48AM

HANOI: Vietnam tahun ini diramal mengalami suhu panas paling tinggi, menurut laporan terbaru Jabatan Pentadbiran Meteorologi dan Hidrologi, lapor agensi berita Vietnam (VNA) pada Isnin (4 Mei).

Pada Mei, negara itu akan mengalami lebih banyak cuaca panas berbanding bulan sama pada tahun sebelumnya.

Tahun ini, Vietnam dijangka dilanda corak bencana alam yang rumit, kesan daripada pemanasan bumi dan pencairan glasier.

Sejak awal 2020, cuaca tidak menentu dilaporkan di beberapa kawasan di negara itu, termasuk ribut hujan batu berlaku di wilayah utara pada Mac, yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Sementara itu, wilayah di bahagian tengah dan selatan negara tersebut mengalami cuaca kering dan perejahan air masin. Hujan lebat pula diramal di wilayah tengah dan selatan pada hujung 2020.

Wilayah tengah Vietnam diberi amaran supaya bersiap sedia menghadapi musim kemarau yang berpanjangan.

Musim hujan diramal berlaku agak lewat di kawasan tanah tinggi di bahagian tengah dan selatan, yang akan memburukkan lagi keadaan.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) pada Januari, 2019 adalah tahun kedua terpanas pernah dicatat selepas 2016.

"Tahun 2020 bermula...meninggalkan 2019 - menyaksikan peristiwa berkaitan dengan iklim akan memberi kesan dampak tinggi," menurut WMO. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita