Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gelang percuma elak kanak-kanak tersesat di Masjidil Haram

Anggaran Waktu Membaca:
MAKKAH: Gelang-gelang percuma diagihkan kepada jemaah kanak-kanak sekiranya mereka tersesat di Masjidil Haram, lapor Saudi Gazette.

Pengagihan gelang itu dilakukan di bawah inisiatif yang dilancarkan Persatuan Amal Hadiah, Hajji dan Mu'tamer. Semua kanak-kanak, yang pergi ke pejabat persatuan itu, yang terletak berhampiran Masjidil Haram bersama keluarga mereka akan diberikan gelang tersebut.

Inisiatif tersebut bertujuan untuk mengurangkan kes kanak-kanak yang hilang, menurut laporan Saudi Gazette.

Ia dilengkapi data komunikasi ahli keluarga bagi membolehkan pihak berkuasa berhubung dengan ibu bapa bagi kanak-kanak yang hilang dengan lebih pantas.

Para jemaah boleh pergi ke pejabat persatuan itu dekat Masjidil Haram di Makkah untuk memanfaatkan khidmat tersebut.

Sebuah pejabat persatuan itu terletak di pejabat utama Syarikat Binaan dan Pembangunan di tingkat empat, manakala satu lagi terletak di tingkat bawah bangunan Wakaf Raja Abdulaziz.
Sumber : AGENCIES/AE/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan