Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gelagat spontan Wan Azizah rakam suami, raih tumpuan ramai

Anggaran Waktu Membaca:
Gelagat spontan Wan Azizah rakam suami, raih tumpuan ramai

(Gambar: BFMradio/Twitter)

Diterbitkan : 27 Nov 2022 10:38PM Dikemas Kini : 27 Nov 2022 10:51PM
KUALA LUMPUR: Hanya mereka yang benar-benar mengikuti perjalanan politik Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim bersama isteri dan keluarganya sejak tahun 1998 saja tahu mengapa kemenangan besar itu berjaya membuatkan ramai menitiskan air mata kegembiraan.

Isterinya, Wan Azizah Wan Ismail merupakan individu yang tidak pernah berhenti berjuang bersama-sama dengan Encik Anwar Ibrahim untuk membela nasib rakyat dan sentiasa ada di waktu jatuh dan bangun suaminya.

Baru-baru ini, tular video Wan Azizah merakam suaminya semasa sidang media pertama sebagai Perdana Menteri Malaysia, mencuri perhatian ramai, lapor agensi berita Seismik.
Gelagat comel rakam Encik Anwar Ibrahim dari tepi jadi perhatian ramai.

Menerusi perkongsian video daripada @BFMradio, kelihatan Wan Azizah sedang menemani suaminya yang sedang membuat sidang media pertama sebagai Perdana Menteri Malaysia, lapor agensi berita Seismik.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila Wan Azizah dilihat merakam suaminya yang sedang menjawab panggilan telefon daripada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Gelagat spontan itu dikatakan comel dan jelas terpancar kegembiraan di wajahnya kerana perjuangan Encik Anwar Ibrahim selama 24 tahun akhirnya membuahkan hasil dan berjaya membuka banyak mata.

Susulan tularnya video itu yang kini sudah meraih 80,000 tontonan, dan 4,100 tanda suka di Twitter, rata-rata warganet turut memuji aksi mereka berdua itu, menurut agensi berita Seismik.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan