Skip to main content

Dunia

Gegaran gempa bumi lemah dirasai di Segamat, Johor

Kerajaan Johor menasihati orang ramai agar menjauhi struktur-struktur tidak kukuh dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa, susulan gegaran gempa bumi lemah yang dikesan berlaku di Segamat pada Ahad (24 Ogos) pukul 6.13 pagi. 

Anggaran Waktu Membaca:
Gegaran gempa bumi lemah dirasai di Segamat, Johor

Gegaran gempa bumi lemah dikesan di Segamat pada 24 Ogos 2025. (Gambar: Met Malaysia)

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor menasihati orang ramai agar menjauhi struktur-struktur tidak kukuh dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa, susulan gegaran gempa bumi lemah yang dikesan berlaku di Segamat pada Ahad (24 Ogos) pukul 6.13 pagi. 

Menteri Besar Johor Onn Hafiz berkata beliau sudah berhubung dengan Pegawai Daerah Segamat Mohd Ezzuddin Sanusi dan dimaklumkan bahawa setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan.

“Kerajaan Negeri Johor sedang memantau keadaan ini dengan teliti bersama agensi berkaitan. Nasihat saya kepada rakyat, jauhi struktur-struktur tidak kukuh dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa.

Pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan terus membuat pemantauan rapi dan mengeluarkan makluman dari semasa ke semasa,” kata beliau dalam satu catatan di laman Facebook pada pagi Ahad. 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Ling Tian Soon dalam catatannya berkata MetMalaysia sudah mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian gempa bumi itu.

Beliau berkata berdasarkan data yang direkodkan, gegaran tersebut berkekuatan 4.1 magnitud di daerah yang jaraknya terletak kira-kira 180 kilometer dari ibu negeri itu dan turut dirasai di kebanyakan kawasan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan selatan Pahang.

“Jabatan Meteorologi akan membuat pemantauan lanjut dan mengeluarkan maklumat terkini dari semasa ke semasa,” kata beliau.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita