Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gegaran dirasakan di Jakarta selepas gempa bumi di Jawa Barat

Anggaran Waktu Membaca:
Gegaran dirasakan di Jakarta selepas gempa bumi di Jawa Barat

Gambar: Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS)

JAKARTA: Gempa bumi 5.6 pada skala Richter menggegarkan ibu negara Indonesia, Jakarta untuk beberapa saat pada Isnin (21 Nov).

Demikian menurut agensi cuaca dan geofizik (BMKG).

Pusat gempa berada di darat di Cianjur, Jawa Barat, kira-kira 75 kilometer (km) tenggara Jakarta dan pada kedalaman 10km, menurut BMKG sambil menambah bahawa tiada kemungkinan Tsunami akan berlaku.

Beberapa penduduk melarikan diri daripada pejabat di kawasan pusat bandar Jakarta manakala segelintir melaporkan merasakan gegaran di dalam bangunan dan melihat perabot bergerak, beberapa saksi kepada Reuters.

Ketua BMKG, Dwikorita Karnawati, yang diwawancara oleh wartawan di dalam bangunan parlimen menasihatkan orang ramai supaya kekal di luar sekiranya berlaku gegaran susulan.

Encik Suko Prayitno Adi dari BMKG berkata pihak berkuasa sedang memeriksa tahap kemusnahan akibat gempa berkenaan.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) mencatatkan gempa bumi berukuran 5.4 pada skala Richter.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan