Skip to main content

Dunia

Gedung Jakel terbakar 80 peratus

Anggaran Waktu Membaca:
SHAH ALAM: Wisma Jakel di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor mengalami kemusnahan besar dalam kebakaran pada awal pagi Ahad (1 Jan).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada pukul 7.08 pagi.

Menurut beliau para pegawai dan anggota serta aset dari beberapa balai bomba segera dikerahkan ke sana.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran membabitkan satu lot kedai tiga tingkat sedang terbakar 80 peratus. Api berjaya dikawal dalam tempoh satu jam,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tiada korban jiwa dalam kebakaran itu.

Punca kebakaran pula masih disiasat.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita