Gaza tidak lagi kebuluran selepas akses bantuan dipertingkat
Tiada lagi kebuluran di Gaza, menurut pemantau kelaparan global pada Jumaat (19 Dis), selepas akses penghantaran makanan dan bantuan kemanusiaan dan komersial bertambah baik selepas gencatan senjata yang rapuh dimeterai pada 10 Oktober dalam perang antara Israel dan Hamas.
Anggaran Waktu Membaca:
GAZA: Tiada lagi kebuluran di Gaza, menurut pemantau kelaparan global pada Jumaat (19 Dis), selepas akses penghantaran makanan dan bantuan kemanusiaan dan komersial bertambah baik selepas gencatan senjata yang rapuh dimeterai pada 10 Oktober dalam perang antara Israel dan Hamas.
Penilaian terbaharu oleh Integrated Food Security Phase Classification (IPC) itu dibuat empat bulan selepas ia melaporkan bahawa 514,000 orang – hampir suku rakyat Palestin di Carikan Gaza – mengalami kebuluran, dengan dapatan itu ditolak oleh Israel. Namun, IPC memberi amaran pada Jumaat bahawa keadaan di wilayah itu masih kritikal.
“Dalam senario paling buruk, termasuk pertempuran yang disambung semula dan bantuan kemanusiaan dan komersial dihentikan, seluruh Carikan Gaza (akan) berisiko mengalami kebuluran sehingga pertengahan April 2026. Ini memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang teruk dan berterusan,” menurut IPC dalam laporan itu.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berkata bahawa walaupun kebuluran dapat dielakkan, kemajuan itu masih “amat rapuh”.
“Lebih ramai orang kini dapat mengakses makanan yang mereka perlukan untuk terus hidup,” katanya kepada para wartawan pada Jumaat, namun menambah: “Keperluan meningkat lebih pantas daripada bantuan yang disalurkan.”
ISRAEL TOLAK DAPATAN IPC
Israel mengawal semua akses ke wilayah tersebut. COGAT, agensi tentera Israel yang menyelaraskan bantuan, menyatakan antara 600 hingga 800 trak memasuki Gaza setiap hari sejak termeterai gencatan senjata dan makanan membentuk 70% daripada bekalan tersebut. Hamas menolak angka itu, dan mengatakan bahawa jumlah trak yang berjaya memasuki Gaza adalah jauh lebih rendah daripada 600 trak sehari.
COGAT menolak dapatan IPC pada Jumaat, menuduhnya menggambarkan “keadaan palsu di lapangan” kerana ia “bergantung kepada jurang besar dalam pengumpulan data dan sumber yang tidak mencerminkan keseluruhan bantuan kemanusiaan.”
Menurut Kementerian Luar Israel, jauh lebih banyak bantuan memasuki Gaza berbanding apa yang dilaporkan dan harga makanan di wilayah itu juga menurun dengan mendadak sejak Julai.
Agensi-agensi bantuan berulang kali memaklumkan lebih banyak bantuan perlu dibenarkan memasuki wilayah kecil dan padat itu, selain mendakwa Israel menghalang barangan-barangan yang diperlukan daripada memasuki Gaza. Israel menyatakan makanan yang masuk sudah mencukupi dan masalahnya terletak pada pengagihannya di Gaza.
TIADA KEBULURAN, TETAPI KEADAAN SANGAT PARAH
IPC – satu inisiatif yang merangkumi 21 kumpulan bantuan, agensi PBB dan pertubuhan serantau yang dibiayai Kesatuan Eropah (EU), Jerman, Britain dan Kanada – menyatakan lima kejadian kebuluran disahkan dalam tempoh 15 tahun lalu: di Somalia pada 2011, Sudan Selatan pada 2017 dan 2020, Sudan pada 2024, dan terbaharu di Gaza pada Ogos.
Untuk sesebuah wilayah diklasifikasikan sebagai mengalami kebuluran, sekurang-kurangnya 20 peratus penduduknya mestilah mengalami kekurangan makanan yang ekstrem, satu daripada tiga kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan akut, dan dua daripada setiap 10,000 orang mati setiap hari akibat kebuluran atau penyakit yang bersangkut paut dengan kebuluran.
“Tiada kawasan diklasifikasikan sebagai mengalami kebuluran,” menurut IPC mengenai Gaza pada Jumaat (19 Dis). “Keadaan masih sangat rapuh dan bergantung kepada akses kemanusiaan dan komersial yang berterusan, meluas dan konsisten.”
Walaupun sesebuah wilayah tidak memenuhi syarat kebuluran, IPC menegaskan bahawa para keluarga mengalami keadaan yang parah, melibatkan kekurangan makanan yang ekstrem, kelaparan dan peningkatan risiko berlaku kematian serta kekurangan zat makanan akut.
IPC memaklumkan pada Jumaat bahawa lebih 100,000 orang di Gaza mengalami keadaan yang parah, namun menjangkakan angka itu merosot kepada sekitar 1,900 orang menjelang April 2026. Menurutnya, seluruh Carikan Gaza diklasifikasikan dalam fasa kecemasan, satu tahap di bawah paras malapetaka.
KANAK-KANAK KEKURANGAN ZAT
IPC memberi amaran bahawa dalam tempoh setahun akan datang, hampir 101,000 kanak-kanak di Gaza – berusia antara enam bulan hingga lima tahun – dijangka mengalami kekurangan zat makanan akut dan memerlukan rawatan, dengan lebih 31,000 kes mudarat. Ia menambah: “Dalam tempoh yang sama, 37,000 wanita hamil dan sedang menyusu juga akan menghadapi kekurangan zat makanan akut dan memerlukan rawatan.”
Ketua Hospital al-Shifa di Gaza, Mohammed Abu Selmia, berkata kekurangan zat makanan masih berlaku secara meluas.
Daripada 6,000 kanak-kanak yang diperiksa oleh Kementerian Kesihatan, sekitar 1,000 mengalami kekurangan zat dan 100 daripada mereka memerlukan rawatan di hospital.
CABARAN BANTUAN MASIH BERTERUSAN
Antoine Renard, pegawai kanan Program Makanan Sedunia PBB di Gaza dan Tebing Barat, berkata terdapat tanda-tanda kemajuan, dengan kebanyakan penduduk Gaza kini menikmati dua hidangan sehari, namun menambah bahawa ia “kekal sebagai satu pergelutan” untuk mendapatkan akses bantuan tanpa halangan ke Gaza.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan agensi-agensi bantuan turut memberi amaran pada Rabu bahawa operasi kemanusiaan berisiko runtuh jika Israel tidak menarik balik sekatannya.
“Kami memerlukan gencatan senjata yang benar-benar berkekalan,” kata Encik Guterres pada Jumaat. “Kami memerlukan lebih banyak lintasan, pemansuhan sekatan terhadap barangan penting, penghapusan birokrasi, laluan selamat di Gaza, pembiayaan berterusan dan akses tanpa halangan.”
International Rescue Committee memberi amaran bahawa kemajuan itu tidak harus “disalah tafsir sebagai petanda bahawa krisis sudah berakhir.”
“Kelaparan di Gaza kekal pada tahap yang parah, dengan keluarga-keluarga masih bergelut untuk mendapatkan bekalan makanan yang mencukupi dan berzat,” kata Bob Kitchen, Naib Presiden IRC untuk Kecemasan dalam satu kenyataan. “Tanpa akses kemanusiaan yang pantas, tidak terhalang dan berskala besar, risiko kebuluran dan kematian yang boleh dielakkan akan berlaku dengan pantas.”

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.