Gaza masuk fasa kedua pelan gencatan senjata Israel-Hamas
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Amerika Syarikat menyatakan pada Rabu (14 Jan) bahawa Israel-Hamas kini memasuki fasa seterusnya dalam pelan gencatan senjata Gaza.
Pelan itu melibatkan usaha melucutkan senjata Hamas, membina semula kawasan-kawasan yang musnah akibat perang, dan melantik sekumpulan pakar Palestin untuk menguruskan hal ehwal harian di Gaza di bawah penyeliaan Amerika.
Utusan Presiden Donald Trump, Steve Witkoff, menyatakan dalam catatan di laman X bahawa perjanjian gencatan senjata yang diusulkan oleh Presiden Trump kini memasuki fasa kedua.
Ia diumumkan selepas dua tahun Israel dan Hamas berperang, termasuklah penubuhan sebuah pemerintah teknokrat di Gaza.
Encik Witkoff bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai siapa yang akan berkhidmat dalam pentadbiran peralihan Palestin yang akan memerintah Gaza. Rumah Putih di bawah Encik Trump juga tidak memberikan maklumat tambahan buat masa ini.
Para perantara bagi perjanjian ini - iaitu Mesir, Turki, dan Qatar- menyambut baik penubuhan jawatankuasa tersebut dan menyatakan ia akan diterajui oleh Ali Shaath, mantan timbalan menteri dalam Penguasa Palestin.
"Ini adalah perkembangan penting untuk menambah baik situasi kemanusiaan di Gaza," kata para perantara dalam satu kenyataan bersama.
Encik Ali Shaath, yang berasal dari Gaza, pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri pengangkutan Penguasa Palestin yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Menurut biografinya di laman Institut Penyelidikan Dasar Ekonomi Palestin, Encik Ali adalah seorang jurutera dan pakar dalam pembangunan ekonomi serta pembinaan semula.
Encik Witkoff berkata Amerika Syarikat menjangkakan Hamas akan menyerahkan mayat tebusan terakhir sebagai sebahagian daripada tanggungjawab mereka dalam perjanjian tersebut.
Walaupun pengumuman pada Rabu menunjukkan kemajuan yang penting, pemerintah baharu di Gaza dan perjanjian gencatan senjata itu berdepan banyak cabaran besar - termasuk pengerahkan pasukan pengaman antarabangsa untuk memantau perjanjian dan proses sukar untuk melucutkan senjata Hamas.
Pelantikan jawatankuasa teknokrat tersebut adalah sebahagian daripada pelan lebih besar untuk menamatkan pemerintahan 18 tahun Hamas di Gaza.
Mereka yang dilantik akan menguruskan hal ehwal harian di Gaza di bawah penyeliaan "Lembaga Keamanan" yang dipimpin oleh Encik Trump, yang ahli-ahlinya juga belum dinamakan.
Gencatan senjata di bawah pelan 20 perkara Encik Trump berkuat kuasa pada Oktober tahun lalu dan sudah menghentikan sebahagian besar pertempuran.
Di bawah fasa pertama daripada tiga fasa perjanjian tersebut, Hamas membebaskan semua tebusan kecuali seorang, sebagai pertukaran bagi beratus-ratus rakyat Palestin yang ditahan oleh Israel.
Jawatankuasa teknokrat yang menurut Encik Witkoff akan ditubuhkan di bawah fasa kedua ini ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan awam kepada lebih 2 juta rakyat Palestin di Gaza.
Namun, ia berdepan cabaran sangat besar dan banyak persoalan yang belum terjawab, termasuk mengenai operasi dan pembiayaannya.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan kos pembinaan semula akan menelan belanja lebih AS$50 bilion (S$64.4 bilion). Proses itu dijangka mengambil masa selama bertahun-tahun, dan setakat ini hanya sedikit dana diikrarkan sejauh ini.
Terdapat juga cabaran yang lebih mendesak iaitu bagaimana untuk mengambil alih perkhidmatan asas selepas hampir dua dekad di bawah pemerintahan Hamas dan siri peperangan yang berulang dengan Israel.

Sumber : AP/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.