Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gaza kembali tenang setelah perang roket 2 hari dengan Israel

Keadaan kembali tenang pada Selasa (25 Feb) setelah genjatan senjata dimeterai antara Israel dan kumpulan Jihad Islam Palestin, menyusuli pertempuran dua hari di dalam dan sekitar wilayah Gaza.

Anggaran Waktu Membaca:
Gaza kembali tenang setelah perang roket 2 hari dengan Israel

Tentera Israel dan kumpulan Jihad Islam di Gaza saling berbalas serangan selama 2 hari sebelum genjatan senjata pada 25 Feb 2020 (Gambar: Mahmud Hams/AFP)

Diterbitkan : 25 Feb 2020 06:36PM Dikemas Kini : 25 Feb 2020 06:40PM

KOTA GAZA: Keadaan kembali tenang pada Selasa (25 Feb) setelah genjatan senjata dimeterai antara Israel dan kumpulan Jihad Islam Palestin, menyusuli pertempuran dua hari di dalam dan sekitar wilayah Gaza.

Tentera Israel melaporkan tiada pelancaran roket dari Gaza pada waktu pagi manakala wartawan AFP di Gaza melaporkan tiada serangan udara Israel.

Lintasan sempadan utama antara wilayah Palestin dan Israel dijadual dibuka semula pada 9.00 pagi untuk membolehkan pergerakan warga asing dan mereka yang memerlukan khidmat perubatan, menurut pegawai Palestin.

Kumpulan Jihad Islam pada Isnin malam mengumumkan genjatan senjata namun mencabulinya buat sementara, sambil menuduh Israel melakukan sama.

Satu bedilan roket yang dilancarkan dari Gaza gugur di kawasan terbuka di Israel sejurus sebelum tengah malam Isnin, kata seorang pegawai Israel.

Kumpulan Jihad Islam adalah kumpulan kedua terbesar di Gaza, selepas Hamas.

Seperti mana genjatan senjata Gaza yang lain, tiada pengesahan diberikan oleh Israel. Pihak tentera mengarahkan ibu bapa sekitar 65,000 kanak-kanak di kawasan perumahan berhampiran sempadan Gaza untuk memastikan anak-anak mereka tidak keluar rumah buat hari kedua.

Kumpulan Jihad Islam melancarkan lebih 50 roket dan meriam ke arah Israel setelah tentera itu membunuh salah seorang anggotanya pada Ahad pagi.

Kebanyakan bedilan dipintas pertahanan udara Israel dan tiada kecederaan dilaporkan.

Pesawat penggempur dan helikopter Israel bertindak balas dengan menyerang sasaran-sasaran kumpulan Jihad Islam di merata Gaza dan juga Syria.

Pertempuran pada Ahad adalah yang paling dahsyat antara kedua-dua pihak sejak November, apabila serangan udara Israel membunuh beberapa komander kanan kumpulan itu.

Pertempuran selama tiga hari itu meragut nyawa 35 rakyat Palestin dan mencederakan lagi 100, menurut perangkaan rasmi.

Tiada kematian dilaporkan di pihak Israel meskipun ratusan roket dilancarkan dari Gaza.  

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan