Skip to main content

Dunia

Gaza Humanitarian Foundation rancang mula hulur bantuan di Gaza pada hujung Mei

Anggaran Waktu Membaca:
Gaza Humanitarian Foundation rancang mula hulur bantuan di Gaza pada hujung Mei

Agensi pertahanan awam Gaza menyatakan pada 17 April bahawa serangan udara Israel menyasarkan beberapa kem pelarian, mengorbankan sekurang-kurangnya 25 orang sedang Israel meneruskan serangan ke atas Carikan Gaza. (Gambar: BASHAR TALEB / AFP)

Diterbitkan : 15 May 2025 02:08PM Dikemas Kini : 15 May 2025 02:10PM
WASHINGTON: Sebuah pertubuhan bukan pemerintah (NGO) yang disokong Amerika menyatakan pada Rabu (14 Mei) bahawa ia akan mula menghulurkan bantuan kemanusiaan di Gaza bulan ini menyusuli perbincangan dengan pegawai di Israel, yang telah mengenakan sekatan terhadap bantuan sejak Mac.

Israel mengenakan sekatan bantuan ke atas Carikan Gaza pada 2 Mac selepas rundingan untuk melanjutkan gencatan senjata 19 Januari gagal.

"Gaza Humanitarian Foundation (GHF) hari ini mengumumkan bahawa ia akan melancarkan operasi di Carikan Gaza sebelum akhir bulan ini," menurut kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Ia menambah bahawa pihaknya telah meminta Israel untuk menjamin tempat pengagihan bantuan di utara wilayah Palestin, dan Israel telah bersetuju.

Kumpulan itu juga menyatakan ia telah meminta Israel untuk "mencari huraian" bagi penghantaran bantuan kepada mereka yang tidak dapat sampai ke tempat pengagihan.

Kekurangan makanan dan ubat-ubatan telah memburukkan lagi keadaan yang kini teruk di Gaza, walaupun Israel menolak amaran PBB bahawa kebuluran kemungkinan bakal berlaku.

"Kami tiada masa untuk menunggu keadaan yang ideal. Kami mempunyai tanggungjawab untuk bertindak dan melakukannya tanpa menjejaskan nilai-nilai kami," kata pengarah eksekutif GHF Jake Wood seperti dipetik dalam kenyataan itu.

Beliau juga berterima kasih kepada pentadbiran Amerika atas sokongannya, dan berkata beliau akan menawarkan lebih banyak kemas kini mengenai pelan "operasi" kumpulan itu pada masa hadapan.
 
Sumber : AFP/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita