Gaya duduk bersila Jokowi cetuskan trend terbaru #JokowiChallenge
Jika anda punya tubuh yang cukup fleksibel untuk duduk bersila dalam bentuk huruf 'X', cabaran terkini yang hangat di Internet mungkin sesuai dicuba.

Gaya duduk Presiden Jokowi menjadi sumber yang mempesonakan para pengguna media sosial di negara itu. (Gambar: yani_mulya/Instagram menerusi Malay Mail)
PETALING JAYA: Jika anda punya tubuh yang cukup fleksibel untuk duduk bersila dalam bentuk huruf 'X', cabaran terkini yang hangat di Internet mungkin sesuai dicuba.
Ketika memperkenalkan barisan kabinetnya yang baru bagi penggal 2019 hingga 2024, Presiden Indonesia Joko Widodo duduk bersila dalam satu posisi yang menarik perhatian ramai. Ia dengan pantas tular di media sosial sehingga mencetuskan trend meniru gaya duduk ala 'Pak Jokowi' yang sememangnya unik itu.
Semasa upacara angkat sumpah jawatan anggota-anggota kabinetnya pada Rabu (23 Okt) pagi lalu, Encik Jokowi dilihat sedang duduk santai di tangga istana dengan kakinya bersilang dan jari-jemari berciuman setapak di bawah.
Menurut CNN Indonesia, gaya duduk presiden tersebut menjadi sumber yang mempesonakan para pengguna media sosial di negara itu kerana ia dikaitkan dengan tahap fleksibiliti yang perlu dimiliki seseorang sebelum dapat berbuat sedemikian.
Tanda-tanda pagar seperti #ChallengeDudukSilang, #JokowiChallenge serta #SeatLikeMyPresident kerap kali digunakan dan bertebaran di wadah-wadah media sosial.
Dalam kalangan mereka yang menyahut cabaran berkenaan termasuk para selebriti Indonesia. Meskipun sesetengah daripada mereka berjaya meniru gaya duduk presiden mereka, ramai juga pengguna media sosial lain yang terkial-kial untuk mencapai postur tersebut.
Bintang lipur lara Indonesia, Anjasmara, adalah antara mereka yang berjaya melakukan trend itu dengan sempurna.
Berdasarkan catatan Instagram beliau, ternyata, senaman yoga yang diamalkan bintang tersebut tidak sia-sia malah membuahkan hasil.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.