Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gas hidrogen punca belon meletup di Putrajaya

Insiden belon meletup di Dataran Putrajaya pada Sabtu (12 Okt) disebabkan oleh gas hidrogen yang digunakan, kata Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hasan.

Anggaran Waktu Membaca:
Gas hidrogen punca belon meletup di Putrajaya

16 orang melecur dipercayai akibat percubaan memotong tali pengikat belon dengan menggunakan pemetik api. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 14 Oct 2019 02:34PM Dikemas Kini : 14 Oct 2019 02:40PM

PUTRAJAYA: Insiden belon meletup di Dataran Putrajaya pada Sabtu (12 Okt) disebabkan oleh gas hidrogen yang digunakan, kata Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hasan.

Beliau berkata polis membuka kertas siasatan, bagi mengetahui punca sebenar kejadian belon itu meletup, yang berlaku selepas program kecergasan Kementerian Pendidikan sempena Bulan Sukan Negara.

Laporan sebelum ini menyebut belon helium yang meletup. Insiden itu mengakibatkan 16 orang termasuk sembilan kanak-kanak melecur, dipercayai akibat percubaan memotong tali pengikat belon itu bagi melepaskannya, dengan menggunakan pemetik api.

"Hidrogen... bukan helium. Hidrogen sangat sensitif dengan alat atau bahan bakar,” kata ACP Rosly hari ini (14 Okt) berhubung perkembangan insiden tersebut.

Polis turut menemui pemetik api di tempat kejadian. Suspek berkaitan insiden itu belum dikenal pasti.

Mengenai status terkini mangsa, ACP Rosly berkata setakat 10.00 pagi tadi (14 Okt), empat mangsa iaitu dua lelaki dan dua perempuan dewasa, masih dirawat di Hospital Putrajaya.

Sebelum ini, enam mangsa termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, dirawat di wad Hospital Putrajaya, kerana mengalami kecederaan tahap dua. Sepuluh yang lain dibenarkan pulang pada hari Sabtu (12 Okt) setelah diberi rawatan. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan