Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gas bocor di kilang India ragut 9 nyawa

Anggaran Waktu Membaca:
Gas bocor di kilang India ragut 9 nyawa

Gambar: Twitter/@ferozwala

Diterbitkan : 30 Apr 2023 04:24PM Dikemas Kini : 30 Apr 2023 04:25PM
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh manakala 11 lagi mangsa mengalami kesakitan akibat gas bocor di sebuah kilang di Punjab, India pada Ahad (30 Apr).

Anggota Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF) dan polis sudah dikerahkan ke lokasi kejadian, tulis Ketua Menteri wilayah Bhagwant Mann di Twitter.

Kejadian berlaku pada sebelah pagi di kawasan Giaspura di Ludhiana, kira-kira 320 kilometer dari New Delhi.

Menurut laporan stesen televisyen tempatan, insiden itu berlaku di kilang produk tenusu.

Beberapa mayat ditemui bergelimpang di jalan raya dan ramai penduduk melarikan diri akibat panik.

Seorang lelaki berkata lima ahli keluarganya tidak sedarkan diri.

"Punca kebocoran dan jenis gas masih belum dapat dipastikan," lapor agensi berita PTI yang memetik pegawai tempatan.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan