Garis panduan umat Islam hadiri majlis rumah ibadat bukan Islam akan dibincang pada 7 Feb
Cadangan garis panduan bagi umat Islam menghadiri majlis di rumah ibadat bukan Islam akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat (7 Feb), kata Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim.
PM Malaysia Anwar Ibrahim melancarkan Pelaksanaan Pengauditan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. (Gambar: BERNAMA)
- Cadangan garis panduan bagi umat Islam menghadiri majlis di rumah ibadat bukan Islam akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat (7 Feb), kata Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim.
- Kerajaan Malaysia dilaporkan sedang mengkaji satu garis panduan baharu yang merangkumi penglibatan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan dan upacara kematian orang bukan Islam serta kunjungan dan penganjuran majlis di rumah ibadat bukan Islam.
- Garis panduan itu, katanya lagi, adalah sebagai panduan untuk orang Islam menghadiri majlis perayaan atau upacara penganut agama lain dalam keadaan tertib, mematuhi adab serta memelihara pegangan akidah Islam.
- Dr Mohd Na'im Mokhtar juga meminta semua pihak supaya jangan mempolemikkan isu berkaitan garis panduan itu sehingga menimbulkan keresahan awam kerana tujuan ia dibangunkan adalah bagi memastikan penganjuran aktiviti berorientasikan keagamaan dilaksanakan secara tertib, yang seterusnya akan menjadi satu daripada wadah berkesan ke arah pengukuhan keharmonian negara.
"Itu kita akan bincang di (mesyuarat) Kabinet esok," katanya ringkas apabila diminta mengulas mengenai cadangan tersebut selepas menghadiri majlis pelancaran Pelaksanaan Pengauditan Syarikat Kerajaan pada Khamis (6 Feb).
Kerajaan Malaysia dilaporkan sedang mengkaji satu garis panduan baharu yang merangkumi penglibatan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan dan upacara kematian orang bukan Islam serta kunjungan dan penganjuran majlis di rumah ibadat bukan Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Mohd Na'im Mokhtar sebelum ini berkata garis panduan itu dibangunkan bagi menggalakkan perhubungan sosial dan budaya harmoni dalam kalangan masyarakat majmuk berbilang agama di Malaysia.
Garis panduan itu, katanya lagi, adalah sebagai panduan untuk orang Islam menghadiri majlis perayaan atau upacara penganut agama lain dalam keadaan tertib, mematuhi adab serta memelihara pegangan akidah Islam.
Namun, media melaporkan bahawa beberapa pihak mengkritik cadangan itu antaranya berhubung keperluan mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa agama jika acara itu melibatkan umat Islam, serta memastikan acara terbabit tidak mengandungi unsur yang boleh menyinggung sensitiviti umat Islam.
Dr Mohd Na'im Mokhtar juga meminta semua pihak supaya jangan mempolemikkan isu berkaitan garis panduan itu sehingga menimbulkan keresahan awam kerana tujuan ia dibangunkan adalah bagi memastikan penganjuran aktiviti berorientasikan keagamaan dilaksanakan secara tertib, yang seterusnya akan menjadi satu daripada wadah berkesan ke arah pengukuhan keharmonian negara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.