Garis panduan satu peringatan kepada umat Islam: Ketua Pemuda UMNO
Anggaran Waktu Membaca:
Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh (Gambar: Astro AWANI)
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh tidak bersetuju dengan pendirian Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa tiada keperluan untuk garis panduan baharu bagi orang Islam menyertai acara di rumah ibadat bukan Islam.
Dalam catatan Facebook pada Jumaat (7 Feb), Dr Akmal berkata garis panduan yang disediakan adalah untuk dijadikan sumber rujukan.
"Tidak semua orang tahu dan ada ilmu seperti yang kita tahu dan faham.
"Sama juga garis panduan peraturan jalan raya, ramai yang ada lesen sendiri pon masih tidak tahu undang-undang yang sedia ada, malah ada lagi yang memandu secara mabuk,” tambahnya seperti dinukil laporan MalaysiaKini.
Jelasnya, garis panduan itu juga dapatkan dijadikan sebagai peringatan kepada orang Islam yang 'terlupa' apabila menghadiri majlis bukan Islam.
"Jadi garis panduan ini adalah sumber rujukan, bukan maksud tidak tahu, tetapi kadang-kadang kita terlupa dan garis panduan ini sebagai peringatan.
"Apa lagi garis panduan untuk orang Islam yang mana terpakai untuk orang Islam sahaja, yang bukan Islam tak perlu terlibat pun dan tidak perlu campur! Simple as that," katanya.
Pada Jumaat (7 Feb), PM Anwar berkata kabinet telah memutuskan bahawa garis panduan yang dicadangkan tidak perlu.
Bercakap kepada pemberita semasa lawatannya ke kuil Hindu di Batu Caves bersama Menteri Digital, Gobind Singh Deo, Encik Anwar berkata garis panduan itu tidak perlu kerana umat Islam tahu garis mereka.
"Macam saya datang hari ini (ke acara di Batu Caves), saya bukan masuk ke upacara agama. Gobind sering melawat masjid di kawasan dia, tapi dia tidak ke upcara agama,” katanya.
Sementara itu, ketua pemuda parti pembangkang Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Afnan Hamimi Taib Azamudden turut mempersoal tindakan kerajaan membatalkan garis panduan itu kerana ia menimbulkan keprihatinan terhadap komitmen kerajaan untuk menegakkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan serta kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.
"PAS Belia percaya Islam, sebagai agama persekutuan, harus dihormati sepenuhnya dalam semua dasar dan tindakan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan seperti dilaporkan oleh wadah berita Malaysiakini.
"Saya menggesa supaya isu ini diberi perhatian serius bagi memastikan kedaulatan Islam terpelihara di samping menjaga keharmonian negara."

Sumber : Agensi berita/HA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.