Garis masa operasi mencari MH370
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Sejak pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang pada 2014, begitu banyak usaha sudah dijalankan untuk mencari bangkainya di Lautan Hindi, menggunakan pesawat pencarian dan kapal-kapal yang dilengkapi teknologi terkini.
Tiga siasatan rasmi dilancarkan oleh Malaysia dan Australia, meneliti bukt-bukti yang diperolehi dari sejauh Mozambique. Namun semuanya gagal memberikan bukti muktamad tentang apa sebenarnya yang berlaku kepada pesawat malang itu.
Berikut garis masa pencarian pesawat MH370, dari detik-detik yang membangkitkan harapan apabila serpihan dijumpa hinggalah kekecewaan apabila operasi pencarian dihentikan tanpa sebarang tanda pesawat itu mahupun penumpangnya dikesan, menurut laporan The Guardian.
8 Mac 2014: Pesawat B777-200 penerbangan MH370, berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi waktu tempatan, menuju ke Beijing, dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Pesawat itu kali terakhir dilihat pada radar tentera pada pukul 2.41 pagi, menghala ke barat di Selat Melaka. Setengah jam kemudian, syarikat penerbangan Malaysia Airlines mengumumkan bahawa ia terputus hubungan dengan pesawat tersebut, yang dijadual mendarat di destinasinya sekitar pukul 6.30 pagi.
9 Mac 2014: Usaha mencari tertumpu di Teluk Thailand. Dua penumpang dilaporkan melakukan perjalanan menggunakan pasport Eropah yang dicuri, mencetuskan kebimbangan bahawa pengganas mungkin bertanggungjawab atas kehilangan pesawat tersebut. Pihak berkuasa kemudian menyatakan tiada penumpang yang ada kaitan dengan pengganasan.
10 Mac 2014: Usaha mencari dijalankan di satu kawasan dalam radius 50 batu nautika, lokasi terakhir ia dikesan di bahagian utara Selat Melaka.
Sebuah pesawat Vietnam mengesan sebuah objek segi empat yang disangka salah satu pintu MH370, namun pencarian di Laut Andaman tidak menemui apa-apa. Bukti mula menunjukkan bahawa pesawat itu menghala ke barat setelah terputus hubungan dengan pengawal trafik udara.
15 Mac 2014: Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Najib Razak, berkata MH370 sengaja dilencongkan dan terus terbang selama lebih enam jam selepas terputus hubungan.
Pihak berkuasa meluaskan pencarian dari Asia Tengah ke selatan Lautan Hindi dan juga menyiasat rumah juruterbang Zaharie Ahmad Shah dan Fariq Abdul Hamid.
24 Mac 2014: Anggota keluarga penumpang MH370 berarak ke kedutaan Malaysia di Beijing menuntut jawapan, setelah pihak berkuasa menyatakan mereka sudah membuat kesimpulan bahawa pesawat yang hilang itu terhempas di Lautan Hindi dengan semua 239 orang di dalamnya terkorban.
Kebanyakan anggota keluarga hanya menerima berita tersebut menerusi kiriman mesej yang memaklumkan: "Kita harus beranggapan tanpa ragu bahawa MH370 sudah hilang dan tidak ada penumpang yang selamat."
24 April 2014: Fasa mencari dan menyelamat kemudian menjadi fasa pencarian dan pemulihan. Beberapa hari kemudian usaha mencari beralih ke fasa dasar laut, menggunakan kenderaan selam tanpa pemandu dan alat tinjauan batimeri meliputi kawasan sekitar 692km panjang dan 80km luas.
26 Jun 2014: Pihak berkuasa Australia mengeluarkan laporan awal yang menyatakan pesawat MH370 terbang dalam mod pandu auto selepas satu insiden dahsyat menyebabkan anak kapal tidak berupaya, berkemungkinan disebabkan kekurangan oksigen.
28 Ogos 2014: Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss, berkata pesawat itu "mungkin menghala ke selatan lebih awal daripada yang dijangka", memandangkan kakitangan syarikat penerbangan dikatakan cuba menghubungi anak kapal menerusi telefon satelit selepas pesawat hilang daripada imbasan radar.
19 September 2014: Pencarian di dasar laut juga diumumkan akan disambung semula di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi pada hujung September.
Oktober 2014: Pencarian baharu di dasar laut melibatkan kapal yang membawa peralatan sonar dipanggil 'towfish' di kawasan perairan sekitar 100 meter dari dasar laut untuk mencari bangkai pesawat.
'Towfish' itu, yang memberikan data masa nyata, ditarik perlahan-lahan
melalui air menggunakan kabel tebal yang panjangnya sehingga 10km.
Jika sesuatu yang penting dikesan oleh sonar, 'towfish' akan menariknya dan dipasang dengan kamera video dan diturunkan semula ke dalam air.
Januari 2015: Kapten kanan Boeing 777 Simon Hardy mencadangkan tempat terakhir pesawat yang hilang itu mungkin di Lautan Hindi di luar pinggir selatan-barat kawasan utama di mana mereka melakukan pencarian.
28 Januari 2015: Malaysia secara rasmi mengisytiharkan kehilangan itu sebagai satu kemalangan dan penumpang serta anak kapal dianggap sudah mati, 327 hari selepas ia hilang. Malaysia memutuskan bahawa pesawat itu kehabisan minyak "di satu kawasan di selatan Lautan Hindi".
7 Mac 2015: Menteri pengangkutan Malaysia berkata jika pencarian di dasar laut itu gagal menemui apa-apa menjelang hujung Mei, para penyiasat akan memeriksa semula data dan membuat perancangan baharu.
23 Julai 2015: Martin Dolan, ketua pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, berkata pesawat itu "akan dijumpai tahun depan". Dua kapal terus menjalankan operasi di selatan Lautan Hindi, dengan lebih 21,000 daripada 46,332 batu persegi (120,000 km persegi) kawasan pencarian sudah diperiksa.
5 Ogos 2015: Encik Nasjib Razak, berkata bahagian sayap pesawat yang terdampar di pulau Réunion, Perancis di Lautan Hindi adalah daripada MH370, sekali gus mengesahkan jejak pertama pesawat itu sejak ia hilang.
Pihak berkuasa di Perancis, Amerika Syarikat dan Australia bagaimanapun tidak mengesahkan dakwaan Malaysia.
Ogos 2015: Perancis melancarkan operasi baharu mencari dari udara dan laut di sekitar Réunion dengan harapan dapat menemui lebih banyak serpihan - namun ia berakhir selepas 10 hari.
Maldives juga menyertai operasi serantau mencari bangkai pesawat menyusuli laporan bahawa penduduk pulau menemui serpihan yang tidak dapat dikenal pasti. Sekalipun demikian, serpihan itu kemudian disahkan tiada kaitan dengan MH370.
Mac 2016: Pemerintah Australia menyatakan dua serpihan pesawat yang ditemui secara berasingan di Mozambique "berkemungkinan besar datang daripada MH370" setelah analisis mendapati kedua-dua serpihan itu konsisten dengan panel-panel Boeing 777 Malaysia Airlines.
Encik Darren Chester, menteri prasarana dan pengangkutan, berkata penemuan serpihan di pantai timur Afrika itu "konsisten dengan pesawat yang sudah menjadi bangkai...dan mengesahkan usaha-usaha pencarian di selatan Lautan Hindi".
Beliau menambah terdapat lagi 25,000 km persegi kawasan dasar laut yang masih belum dicari.
Di Parlimen, Encik Najib bertafakur seketika untuk menandakan tahun kedua sejak MH370 hilang.
16 Mei 2016: Pihak berkuasa Australia yang menerajui usaha mencari MH370 menyatakan "kemungkinan semakin tipis" untuk menemui pesawat yang hilang itu.
Lebih 105,000 km persegi kawasan dasar laut di selatan Lautan Hindi sudah dicari setakat 11 Mei, dengan baki kawasan pencarian seluas 15,000 km persegi .
Beberapa serpihan dijumpai di pantai Afrika Selatan, Mauritius dan Mozambique dipercayai daripada MH370.
September 2016: Satu serpihan besar yang dijumpai di Pemba, luar kawasan pantai Tanzania, pada Jun disahkan datang daripada MH370.
Oktober 2016: Sebahagian sayap pesawat dijumpai di Mauritius, pulau di Lautan Hindi, dikenal pasti sebagai milik MH370, menurut pihak berkuasa Malaysia dan Australia.
Bahagian sayap itu dijumpai pada Mei dan kemudian dianalisis oleh pakar Biro Keselamatan Pengangkutan Australia.
Sejauh ini, tiada serpihan yang dapat membantu menentukan lokasi tepat bangkai pesawat.
Para penyiasat perlu mengesan alat perakam data yang dapat menjelaskan sebab pesawat itu tersasar jauh daripada laluan asal.
Disember 2016: Anggota keluarga mangsa MH370 mencari di pantai-pantai Madagascar dengan harapan dapat menemui lebih banyak serpihan pesawat.
Januari 2017: Pencarian dasar laut bagi MH370 beraahir, menurut satu kenyataan bersama yang ditandatangani menteri pengangkutan Malaysia, China dan Australia.
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia sudah mencari di kawasan seluas 120,000km persegi di selatan Lautan Hindi - hampir dua tahun setengah lamanya.
3 Oktober 2017: Para penyiasat Australia membentangkan laporan terakhir mengenai kehilangan MH370, sambil berkata kegagalan untuk memberikan penjelasan sebaiknya untuk keluarga mangsa adalah satu "tragedi besar" dan "hampir sukar dipercayai" dalam era moden.
Januari 2018: Pencarian MH370 disambung semula, selepas syarikat penerokaan dasar laut Amerika Ocean Infinity menyewa kapal Norway di bawah aturan "tiada penemuan, tiada yuran" dengan Malaysia, lapor The Guardian.
Mei 2018: Ocean Infinity memperluas usaha pencarian, selepas mencari di "kawasan utama" seluas 25,000km yang dikenal pasti oleh pakar Australia sebagai tempat terakhir MH370.
Julai 2018: Satu laporan rasmi siasatan dikeluarkan di Malaysia. Ia memutuskan bahawa pesawat tersebut berpatah balik secara manual di udara dan bukan di bawah kawalan mod pandu auto dan "campur tangan salah di sisi undang-undang oleh pihak ketiga" tidak boleh dikecualikan.
Sungguhpun demikian, ia menolak teori yang menyarankan bahawa juruterbang dan penolong juruterbang sengaja menjunamkan pesawat dan juga menolak kegagalan mekanikal sebagai punca.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.