Skip to main content

Dunia

Gara-gara tukar siaran televisyen, bapa kelar leher anak sampai mati

Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini (10 Nov) atas tuduhan membunuh anaknya dengan mengelar leher lelaki itu selepas berlaku pertengkaran menyusuli tindakan menukar siaran televisyen pada minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Gara-gara tukar siaran televisyen, bapa kelar leher anak sampai mati

(Gambar hiasan: Lee/Canva)

Diterbitkan : 10 Nov 2021 07:30PM

KUALA KUBU BHARU: Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini (10 Nov) atas tuduhan membunuh anaknya dengan mengelar leher lelaki itu selepas berlaku pertengkaran menyusuli tindakan menukar siaran televisyen pada minggu lalu.

S. Krisman, 72, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza yang bertindak sebagai Majistret.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang memakai kemeja putih dan berseluar pendek kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap K. Apacnaidu, 37, di sebuah rumah di Jalan Kemudi, Taman Bernam Jaya, Ulu Bernam antara pukul 11.00 dengan 11.30 pagi pada 3 Nov lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Khadijah Amir Hamdzah, manakala tertuduh diwakili peguam Dr Vasu Appu.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita