Gara-gara tertinggal pesawat, wanita nekad masuk landasan lapangan terbang
Seorang wanita nekad memasuki kawasan landasan lapangan terbang semata-mata untuk mengejar pesawat yang sedang bersedia untuk berlepas.

Insiden berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali. (Gambar: Petikan skrin video)
DENPASAR: Seorang wanita nekad memasuki kawasan landasan lapangan terbang semata-mata untuk mengejar pesawat yang sedang bersedia untuk berlepas.
Insiden itu berlaku pada Ahad (18 Nov) di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali.
Menurut laporan Kompas.com, penumpang wanita yang dikenali sebagai Hana melakukan demikian gara-gara tertinggal pesawat Citilink dari Denpasar ke Jakarta. Beliau dilaporkan sudah mendaftar masuk, namun terlambat menaiki pesawat meskipun dipanggil tiga kali.
Dapet dari IG orang. Kejadian di Denpasar. Ibu ini telat boarding & menerobos boarding gate berusaha mengejar pesawat. Kebayang nggak apa yang terjadi seandainya kedua petugas gagal menghentikan si ibu itu? ♂️ pic.twitter.com/WxvmTy55NV
— Mas Goen | IG: @goenrock (@goenrock) November 18, 2018
"Dia itu sudah melakukan check-in pukul 06.27 Wita dan sudah dijelaskan boarding pukul 06.50 Wita. Namun, hingga tiga kali panggilan dan final call dia belum juga datang ke gate," kata Ketua Jabatan Komunikasi dan Undang-Undang Bandara Ngurah Rai, Arie Ahsanurrohim, seperti dipetik oleh Kompas.com.
Meskipun para petugas memberi penjelasan kepadanya, namun Hana tetap mengejar pesawat berkenaan sehingga menyebabkan kakitangan keselamatan terpaksa menahannya.
Situasi itu bagaimanapun berjaya dikawal dan Hana kemudiannya menaiki pesawat Citilink beberapa jam kemudian, lapor Kompas.com.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.