Skip to main content

Dunia

Gara-gara tersilap tekan butang amaran rampasan pesawat...

India menggantung tugas seorang juruterbang kerana menghantar amaran rampasan kapal terbang secara tidak sengaja kepada kawalan trafik udara semasa penerbangan domestik bulan lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Gara-gara tersilap tekan butang amaran rampasan pesawat...

Gambar fail pesawat AirAsia (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 20 Jul 2019 05:27PM Dikemas Kini : 20 Jul 2019 05:32PM

NEW DELHI: India menggantung tugas seorang juruterbang kerana menghantar amaran rampasan kapal terbang secara tidak sengaja kepada kawalan trafik udara semasa penerbangan domestik bulan lalu.

Kapal terbang AirAsia India, yang melakukan penerbangan dari ibu kota New Delhi ke Srinagar, mengalami masalah enjin terhenti. Kapten penerbangan mengarahkan pegawai pertama, Ravi Raj, menghantar kod kecemasan untuk memaklumkan pihak berkuasa mengenai keadaan itu.

Raj sepatutnya menghantar kod 7700, tetapi tersilap memancarkan 7500 iaitu kod untuk kes rampasan kapal terbang, menurut Direktorat Besar Penerbangan Sivil (DGCA) India dalam kenyataan pada Jumaat (19 Jul).

Pancaran sedemikian dianggap amaran keselamatan besar-besaran di seluruh dunia.

Butiran terperinci mengenai reaksi pihak berkuasa India ketika kejadian tidak diperoleh, tetapi media tempatan melaporkan bulan lalu bahawa prosedur bagi mengendalikan kes rampasan kapal terbang dilakukan.

Pesawat Airbus A320 itu mendarat dengan selamat di bandar raya Chandigarh.

Raj didapati bersalah cuai dan digantung tugas tiga bulan, kata DGCA. Kapten penerbangan itu juga diberi amaran supaya lebih berwaspada.

AirAsia India, kerjasama antara syarikat gergasi penerbangan murah Malaysia, AirAsia dan Tata Sons di India, memberitahu agensi berita Press Trust of India ia menerima kenyataan akhir mengenai perkara itu yang menyaksikan penerbangan dari New Delhi ke Srinagar dilencongkan kerana isu teknikal tetapi tidak memberikan maklumat lanjut.

Sumber : AFP/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita