Skip to main content

Dunia

Gara-gara terlalu marah, lelaki iklan jual murah kereta jiran, beri percuma pam racun

Anggaran Waktu Membaca:
Gara-gara terlalu marah, lelaki iklan jual murah kereta jiran, beri percuma pam racun

Tangkap Layar rakaman video menerusi aplikasi Tiktok. Gambar: Tiktok Youtube

PETALING JAYA: Hidup berjiran memerlukan kesefahaman dan kesepakatan yang kuat bagi menjamin hubungan baik terus kekal, lapor KOSMO! Online.

Sikap pentingkan diri sendiri perlu dihindar kerana boleh menimbulkan pergaduhan yang asalnya kecil sehingga boleh menjadi besar.

Terkini di media sosial, seorang wanita memuat naik rakaman video suami beliau yang marah dengan tindakan jiran yang selalu meletakkan kereta di hadapan rumah beliau, seperti dinukil KOSMO! Online.

Mungkin sudah banyak kali ditegur namun masih buat perkara sama, suami wanita tersebut terus meletakkan iklan menjual kereta jirannya itu.

Dengan meletakkan botol di atas kereta jenis Hyundai Matrix itu, lelaki tersebut turut menulis satu nota "untuk dijual RM800, percuma pam racun", lapor KOSMO! Online.

Rata-rata orang ramai turut bersetuju dengan cara yang dilakukan oleh lelaki tersebut supaya jiran mereka sedar akan kesalahan yang dilakukan.

“Elok letak nota lagi besar dan terang sebab mereka tidak faham. Dah kawasan orang sepatutnya dah boleh fikir.

“Biar ada akta mana-mana jiran yang letak kereta merata tarik sahaja dengan lori penunda, biar ada akal sikit,” jelas Jo Abraham.

“Mungkin dah banyak kali tegur pun tak berubah ni, baguslah buat macam tu. Susah orang tak faham hidup berjiran ni,” kata Hafiz Hasbullah.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita