Gara-gara pesanan lewat sampai, pelanggan tembak mati pelayan
Seorang pelayan di sebuah restoran di Paris ditembak mati oleh seorang pelanggan kerana marah selepas terpaksa menunggu lama roti sandwic yang dipesannya.
Gambar hiasan. (Gambar: JOHN MOORE / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / AFP)
BOBIGNY (PERANCIS): Seorang pelayan di sebuah restoran di Paris ditembak mati oleh seorang pelanggan kerana marah selepas terpaksa menunggu lama roti sandwic yang dipesannya.
Menurut sumber rapat dengan kes tersebut, rakan sekerja mangsa menelefon polis selepas pelayan itu ditembak dengan sepucuk pistol di restoran terletak di Noisy-le-Grand, pinggir bandar timur Paris.
Usaha untuk menyelamatkannya gagal apabila mangsa berusia 28 tahun tersebut meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut saksi, lelaki bersenjata itu naik berang selepas roti sandwic yang dipesannya tidak disediakan dengan cepat.
Suspek kemudian melarikan diri selepas kejadian dan polis sudah memulakan siasatan terhadap kes pembunuhan itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.