Gara-gara penemuan 'bom', landasan lapangan terbang Narita ditutup
Lapangan terbang Narita di Jepun menutup salah satu daripada dua landasannya buat seketika pada Khamis (13 Sep) selepas mengesan bahan letupan yang belum meledak, di kawasan berhampiran, kata para pegawai.

Petikan gambar rakaman video NHK.
TOKYO: Lapangan terbang Narita di Jepun menutup salah satu daripada dua landasannya buat seketika pada Khamis (13 Sep) selepas mengesan bahan letupan yang belum meledak, di kawasan berhampiran, kata para pegawai.
Polis tempatan berjaya menghapuskan objek yang mencurigakan itu. Namun tiada penerbangan dibatalkan. Ini kerana sebuah lagi landasan dikendalikan seperti biasa semasa penutupan landasan tersebut selama tiga jam, menurut para pegawai lagi.
"Para pekerja binaan yang terlibat dalam kerja menggerudi pada waktu malam menemui objek seperti bahan letupan di kawasan berkenaan," kata jurucakap Narita, sebuah hab antarabangsa utama Jepun di timur Tokyo.
Mereka menggambarkan objek itu sebagai "bahan letupan yang belum meledak".
Polis berkata risiko letupan adalah rendah tetapi mereka sedang menjalankan siasatan.
Lapangan terbang Narita mengendalikan 40 juta penumpang dan 250,000 penerbangan setiap tahun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.