Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gara-gara 'penangan' siri drama Korea, kawasan kampung di Switzerland laksana langkah kawal jumlah pelancong asing

Anggaran Waktu Membaca:

BERN: Sejak tahun lalu, apabila sempadan negara Switzerland dibuka semula kepada pelancong asing, kawasan perkampungan di tepi tasik Isetwald diserbu ramai peminat siri drama Korea 'Crash Landing On You'. 

Pelancong asing dari Korea dan negara-negara Asia lain berpusu-pusu ke jeti kayu di Tasik Brienz - yang dipaparkan dalam adegan romantik dalam drama itu. 

Kedatangan ramai pelancong yang berswafoto, namun tanpa berbelanja banyak di tempat itu, dan hanya menyebabkan kesesakan lalu lintas membuat penduduk tempatan tidak puas hati, lapor agensi berita Swiss, Swissinfo. 

Sekitar 12 bas pelancong dilaporkan mengunjungi kawasan perkampungan kecil di daerah Bern, di tengah Switzerland, setiap hari. 

Tahun ini, kawasan itu hanya membenarkan bas pelancong yang sudah ditempah awal dan telah membayar untuk tempat letak kenderaan simpanan.

Ia turut akan mengenakan pelancong bayaran untuk berswafoto pada harga 5 franc Swiss (S$7.45).

"Kami akan mengawal keadaan," kata Datuk Bandar Iseltwald, Peter Rubi, kepada penyiar awam Swiss, SRF. "Kami ingin menawarkan pengalaman yang bermutu kepada pelancong dan pengunjung yang datang." 
 
Khidmat pengangkutan awam PostBus akan memperkenalkan jadual masa khas bagi kenderaan-kenderaan lebih besar untuk menampung sehingga 2,000 pengunjung yang dijangka datang setiap hari sewaktu musim sibuk, menurut Swissinfo. 

Pada hujung minggu pula, khidmat itu akan melakukan sehingga 34 perjalanan setiap hari bagi meredakan kesesakan di perkampungan itu yang mempunyai hanya lebih 400 penduduk.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan