Skip to main content

Dunia

Gara-gara mengamuk di restoran, lelaki ditahan polis di KL

Anggaran Waktu Membaca:
Gara-gara mengamuk di restoran, lelaki ditahan polis di KL

(Gambar: Petikan skrin video tular di media sosial)

Diterbitkan : 10 Jun 2023 05:31PM
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki tempatan selepas tular videonya mengamuk serta membaling bungkusan makanan dan minuman di sebuah restoran pada Ahad lalu (4 Jun).

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata lelaki berusia 50 tahun ditahan pada pukul 1.00 pagi tadi di Jalan Samudera Utara 2, Taman Samuidera, Batu Caves, Selangor.

Beliau berkata penahanan lelaki itu berikutan satu laporan polis yang dibuat seorang wanita pada Selasa lalu setelah mendapati insiden suspek mengamuk tular di media sosial.

"Dalam video berkenaan, kira-kira 9.00 pagi, semasa pengadu bersama pekerja sedang melayan pelanggan di sebuah restoran, seorang lelaki iaitu suspek secara tiba-tiba bertindak agresif.
"Lelaki itu menjerit dan membaling bungkusan makanan serta air minuman panas ke dalam kedai dan terkena anak pengadu yang berumur empat tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini (10 Jun).
ACP Wan Azlan berkata hasil siasatan mendapati suspek yang tidak bekerja itu mempunyai lima rekod berkaitan jenayah.

Suspek kini direman sehingga 14 Jun depan bagi membantu siasatan kerana melakukan ugutan jenayah dan menggunakan kekerasan jenayah.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita