Gara-gara ganjaran 2 juta rupiah, sekumpulan pekerja platform di Bali sanggup bantu pelancong cari telefon bimbit yang hilang
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: archie.davey/TikTok
BALI: Dengan tawaran ganjaran yang lumayan, nasib menyebelahi seorang pelancong yang dapat menemui telefon bimbitnya yang hilang setelah tercicir di sebuah pantai di Bali.
Dalam satu insiden yang tular di platform TikTok, mahasiswa Archie Davey dapat menemui perantinya yang hilang itu, dengan bantuan beberapa pekerja platform.
Encik Davey, yang berasal dari United Kingdom, sedang dalam perjalanan pulang selepas keluar bersama rakan-rakannya di Canggung pada malam tersebut apabila dia menyedari bahawa telefon bimbitnya hilang, lapor agensi berita sosial Storyful. Beliau kemudian pergi ke perhentian teksi untuk meninjau jika dia boleh mendapatkan bantuan dengan mencari telefon bimbitnya.
Encik Davey mendakwa bahawa dia pada mulanya menawarkan 100,000 rupiah (S$8.50) kepada penunggang motosikal sewa privet itu, tetapi mereka tidak "tertarik".
"Ketika itulah saya memutuskan untuk menaikkan ganjaran kepada 2 juta rupiah (S$170)," katanya.

Gaji bulanan secara purata dalam kalangan pekerja dari sektor khidmat di Bali pada tahun lalu ialah kira-kira 2.36 juta rupiah (S$202), menurut platform data global Statista.
Dengan ganjaran yang ditawarkan ditambahkan, mereka pun mula misi mencari telefon bimbit tersebut.
Video Encik Davey menunjukkan sekumpulan tujuh lelaki, yang kebanyakan daripada mereka berpakaian seragam Gojek, berkeliaran di pantai itu untuk mencari telefon bimbit pelancong tersebut.
Tiba-tiba, seorang lelaki kedengaran menjerit dengan penuh keghairahan sambil menyatakan bahawa dia telah "menjumpai (telefon bimbit tersebut)". Sejurus Encik Davey mengesahkan bahawa barangan itu miliknya, kumpulan tersebut dilihat bersorak dan saling berpelukan antara satu sama lain dalam menyambut berita gembira itu.
Encik Davey kemudian dilihat menyerahkan ganjaran yang dijanjikan itu kepada individu yang berjaya menemui telefon bimbitnya itu.
Video tersebut menarik kira-kira 1.7 juta tontonan sejak ia dimuat naik pada 6 Dis, sekali gus mengundang komen yang positif.
Ramai netizen meluahkan rasa gembira terhadap keakraban yang ditonjolkan pelancong itu dan sekumpulan pekerja platform itu, dan memuji Encik Davey atas kemurahan hatinya dalam menawarkan ganjaran sedemikian sebagai penghargaan kepada mereka yang menolongnya.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.