Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gara-gara diminta berhenti merokok, lelaki tikam isteri hamil hingga mati

Seorang lelaki didakwa membunuh isterinya yang sedang sarat mengandung selepas dinasihatkan supaya berhenti merokok.

Anggaran Waktu Membaca:
Gara-gara diminta berhenti merokok, lelaki tikam isteri hamil hingga mati

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 06 Dec 2018 03:34PM Dikemas Kini : 06 Dec 2018 08:40PM

RUSIA: Seorang lelaki didakwa membunuh isterinya yang sedang sarat mengandung selepas dinasihatkan supaya berhenti merokok.

Petr Murskov menikam isterinya, Cik Olga Muskova sebanyak lapan kali di kediaman mereka di perkampungan Koshki yang terletak di Samara Oblast, selatan Rusia. Demikian menurut laporan Dailymail.

Lelaki berusia 30 tahun itu dilaporkan melakukan perbuatan kejam tersebut dalam keadaan mabuk selepas dinasihatkan anak tirinya supaya berhenti merokok kerana ia tidak bagus untuk bayi yang dikandung ibunya.

"Dia mengamuk selepas diminta untuk berhenti merokok dan menyerang anak perempuan Cik Olga. Sebaliknya, Cik Olga yang cuba campur tangan ditikam sehingga mati," menurut seorang saksi.

Menurut laporan, Murskov mengambil pisau di dapur dan menikam isterinya yang sedang hamil tujuh bulan sehingga mati.

Dia menikam perut isterinya sebanyak lapan kali selain di bahagian dada dan leher, menurut Dailymail.

Anak perempuan Cik Olga kemudian berlari keluar daripada rumah mereka dan menjerit meminta tolong.

Jiran-jirannya dilaporkan menemui Cik Olga terbaring dalam keadaaan berlumuran darah di dapur dan menghubungi pasukan kecemasan.

Pasukan kecemasan tiba di flat tersebut dan mengesahkan Cik Olga dan bayi yang dikandungnya itu sudah meninggal dunia.

Dailymail melaporkan bahawa Murskov kini ditahan reman selama dua bulan sementara siasatan sedang dijalankan.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan