Gara-gara bergambar atas sayap pesawat, anak kapal Swiss International Airlines dikecam hebat
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: NY Post
BERN: Sebuah klip video tular yang memaparkan aksi anak kapal sebuah syarikat penerbangan Switzerland bergambar di atas sayap pesawat menerima kecaman ramai kerana dianggap melakukan perbuatan berbahaya, lapor laman berita Thaiger pada Ahad (27 Ogos).
Aksi itu dilakukan anak kapal Swiss International Airlines melibatkan pesawat Boeing 777 semasa menunggu untuk berlepas ke Zurich.
Video itu dirakam oleh penumpang yang berada di dewan keberangkatan dan menunjukkan dua anak kapal terbabit berdiri di atas sayap pesawat.
Seorang pramugari pada mulanya dilihat berjalan keluar dan berdiri di atas sayap pesawat serta beraksi untuk bergambar.
Seorang lagi anak kapal mengikuti langkah tersebut dan membuat pelbagai aksi lain.
Video itu mengundang kritikan dengan ramai netizen menyelar aksi mereka kerana boleh mengancam nyawa.
Anak kapal pesawat komersil hanya dibenar memijak sayap pesawat dalam situasi kecemasan seperti pendaratan cemas yang memerlukan penumpang dipindahkan, dan bukan untuk bergambar.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.