Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gara-gara alat masak 'steamboat' meletup, makan malam 4 beranak jadi tragedi

Anggaran Waktu Membaca:
KOTA KINABALU: Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak berdepan pengalaman mengerikan ketika menjamu selera di sebuah restoran di Alam Mesra, di Kota Kinabalu apabila dapur gas mudah alih bagi memasak 'steamboat' tiba-tiba meletup, pada Ahad lepas (19 Jun).

Dalam kejadian pada pukul 9.00 malam, kedua-dua kanak-kanak terbabit dilaporkan terpaksa dihantar ke hospital oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan segera, seperti dinukil daripada BH Online.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.06 malam.

Kata beliau, sepasukan 13 anggota dan pegawai bersama jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian, lapor BH Online.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa wanita dilaporkan cedera di bahagian tangan manakala mangsa lelaki pula melecur di tangan dan luka di kaki.

"Kedua-dua mangsa terus diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans," kata beliau dalam kenyataan media pada Isnin (20 Jun), lapor BH Online.

Kata beliau lagi, pasukan operasi kemudiannya melakukan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 9.40 malam.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan