Ganjaran RM50,000 ditawarkan untuk kesan Nora Anne yang hilang di M'sia
Keluarga remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, yang dilaporkan hilang dari sebuah resort di Nilai, Seremban, sejak 4 Ogos lalu menawarkan ganjaran RM50,000 (S$16,510) pada Isnin (12 Ogos) kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga menemukan gadis berusia 15 tahun itu.

Ibu bapa Nora Anne. (Gambar: BERNAMA)
NILAI: Keluarga remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, yang dilaporkan hilang dari sebuah resort di Nilai, Seremban, sejak 4 Ogos lalu menawarkan ganjaran RM50,000 (S$16,510) pada Isnin (12 Ogos) kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga menemukan gadis berusia 15 tahun itu.
Ibu kepada remaja istimewa itu, Meabh Jaseprine Quoirin, 46 tahun, berkata wang ganjaran tersebut disumbangkan sebuah entiti perniagaan berpangkalan di Belfast, Ireland, yang enggan namanya didedahkan, untuk sebarang maklumat yang boleh membantu secara langsung dalam usaha pencarian anaknya.
Menurut beliau, polis sudah berusaha gigih untuk mengesan anak sulungnya itu dan ganjaran tersebut adalah untuk membantu siasatan polis berhubung kehilangan mangsa.
“Nora Anne adalah anak sulung kami. Beliau amat bernilai kepada kami dan hati kami semakin berkecai. Kami merayu kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang Nora Anne membantu kami mencarinya,” rayu beliau semasa sidang media di Balai Polis Pantai, Nilai.
Cik Meabh meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan anaknya itu supaya menghubungi hotline khas operasi mencari dan menyelamat (SAR) di talian 0111-2285058 atau, bagi mereka yang berada di luar Malaysia, menerusi emel ops [at] lbtrust.org.
Nora Anne dilaporkan hilang dari Resort The Dusun Pantai Hill di Nilai pada 4 Ogos lalu semasa sedang bercuti bersama ibu bapaserta dua adiknya.
Keluarga tersebut tiba di resort berkenaan pada 3 Ogos untuk percutian selama dua minggu.
Operasi SAR melibatkan 353 anggota sudah memasuki hari kesembilan hari ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.