Skip to main content

Dunia

Ganjar tidak hirau kumpulan yang minta kempennya adakan persembahan dangdut

Anggaran Waktu Membaca:
 Ganjar tidak hirau kumpulan yang minta kempennya adakan persembahan dangdut

(Gambar: AFP/Yasuyoshi CHIBA)

Diterbitkan : 20 Dec 2023 01:20PM
BOGOR: Calon presiden Indonesia Ganjar Pranowo mengaku enggan berjoget ketika kempennya, meskipun sudah diminta oleh beberapa pihak.

Permintaan tersebut ditujukan kepada Encik Ganjar kerana gaya kempennya dianggap kaku, lapor Kompas.

Kempen Pilihan Raya di Indonesia sering dihiburkan dengan persembahan musik dangdut. Hiburan itu untuk menarik orang ramai hadir mendengar ucapan calon-calon yang bertanding.

"Pak Ganjar, kempennya jangan serius sangat, adakan joget-joget. Ah, tidak ah, tidak tidak," kata Encik Ganjar ketika berpidato di acara calon presiden yang diadakan di Institut Pertanian Bogor (IPB), Jawa Barat, pada Selasa (19 Dis).

Menurut Encik Ganjar, ia penting bagi pasangan calon presiden dan naib presiden untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat mengenai pendidikan politik.

"Sekiranya anda tidak suka, saya tidak apa-apa, tetapi kewajipan saya adalah untuk menjelaskannya. Inilah politik.

"Tuan-tuan, puan-puan, saya mohon maaf, disebabkan latar belakang saya sejak zaman mahasiswa sudah menjadi anggota
parti politik. Jadi, saya faham jika melihat perkara tersebut," tambahnya.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita