Ganjar-Ridwan Kamil dapat sokongan tertinggi dalam tinjauan awal Pilihan Raya Presiden Indonesia
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Petikan skrin iNews/YouTube)
JAKARTA: Lembaga tinjauan Penyelidikan dan Rundingan Saiful Mujani (SMRC) mendedahkan dapatan tinjauan berhubung gandingan calon presiden dan calon naib presiden untuk Pilihan Raya Presiden Indonesia 2024.
SMRC membuat simulasi tiga gandingan calon presiden dan calon naib presiden, pertama Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar, kedua Prabowo Subianto-Erick Thohir, dan ketiga Ganjar Pranowo-Ridwan Kamil.
Tinjauan itu mendapati bahawa Ganjar-Ridwan Kamil memiliki peratusan sokongan tertinggi dengan 35.4 peratus, gandingan Prabowo-Erick gandingan Anies-Muhaimin, memiliki 16.5 peratus, dan masih ada 16.4 peratus yang belum menjawab.
"Tentu saja (peratusan) gandingan Ganjar mahupun Prabowo dapat berubah, tetapi setidaknya gandingan Anies-Muhaimin kemungkinan relatif stabil," kata jurucakap SMRC Saiful Mujani dalam keterangannya di saluran YouTube SMRC TV pada Khamis (14 Sep).
Perolehan sokongan Anies-Imin turut mencerminkan kekuatan dua parti. Antara lain, Partai Kebangkitan Bangsa (PKB) dengan Parti Nasional Demokrat (NasDem) dengan Parti Keadilan Sejahtera (PKS). Angka sokongan sekitar 16 peratus juga kemungkinan mencerminkan dua kekuatan politik.
Encik Saiful Mujani mengatakan bahawa tinjauan ini dilakukan pada 5 September 2023 setelah pengisytiharan Anies-Muhaimin pada 2 September 2023 dengan jumlah 1,212 responden.
"Ini reaksi orang awam beberapa hari setelah pengisytiharan Anies-Muhaimin. Harapan bahawa sokongan gandingan ini akan meningkat pascapengisytiharan belum terjadi. Kalau kita berfikiran positif, mungkin kerana mesin politiknya belum panas dan pemilih memerlukan waktu untuk beratur masuk ke kotak Anies-Muhaimin," kata Encik Saiful.
Beliau menekankan bahawa tinjauan ini adalah simulasi untuk melihat bagaimana reaksi orang awam kepada gandingan Anies-Muhaimin setelah dideklarasikan. Ini disebabkan Encik Ganjar belum memutuskan akan bergandingan dengan siapa, tetapi dari berita yang beredar, salah satu yang berkemungkinan adalah Ridwan Kamil.
Encik Ridwan Kamil sendiri sudah bertemu dengan Ketua Umum Partai Demokrasi Indonesia (PDI) Perjuangan Megawati Soekarno Putri dan baru-baru ini mantan Gabenor Jawa Barat itu​​ sudah bertemu dengan Encik Prabowo.
Sementara itu, Menteri Badan Usaha Milik Negara (BUMN) dan Ketua Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) Erick Thohir dikatakan bakal mendampingi Encik Prabowo.
"Erick Thohir didukung sebagai wakil presiden oleh Parti Amanat Nasional (PAN), parti yang sekarang menyokong Prabowo. Erick sudah melakukan sosialisasi untuk menjadi calon wakil presiden," ujar Encik Saiful.
"Tentu saja gandingan Ganjar mahupun Prabowo boleh berubah, tetapi setidaknya gandingan Anies-Muhaimin kemungkinan agak stabil," kata Encik Saiful.

Sumber : Agensi berita/ANTARA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.