Ganjar Pranowo pilih jadi pembangkang di pemerintahan Prabowo-Gibran
Bekas calon Pilihan Raya Presiden Indonesia, Ganjar Pranowo mengesahkan bahawa beliau akan menjadi anggota pembangkang kepada pemerintah pimpinan bakal Presiden Prabowo Subianto dan Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka.
Saya ingin mengisytiharkan bahawa, pertama sekali, saya tidak akan menjadi sebahagian daripada pemerintah seterusnya," kata Encik Ganjar di perhimpunan yang diadakan pada Isnin (6 Mei).
Beliau turut menegaskan bahawa pembangkang adalah ciri yang diperlukan dalam demokrasi untuk memastikan terdapat semak dan imbang terhadap pemerintah.
"Walau bagaimanapun, saya akan menghormati pemerintah seterusnya, dan kami akan menjalankan peranan kami dengan sewajarnya," kata mantan gabenor Jawa Tengah itu.
Menurut Encik Ganjar, keputusannya itu bertujuan untuk mengingatkan seluruh Indonesia bahawa cara Indonesia berpolitik perlu dipertingkatkan dan menjadi pembangkang masih merupakan tugas yang mulia.
Selain itu, cara paling sesuai untuk mengkritik pemerintah dan menonjolkan kesilapan mereka adalah melalui parlimen, tambahnya.
"Ia adalah cara terbaik untuk mengambil tindakan yang wajar bagi mengawal (pemerintah)," kata Encik Ganjar.
Sementara itu, bekas calon naib presiden yang juga timbalan Encik Ganjar, Mahfud MD, berkata bahawa beliau akan terus berjuang untuk negara melalui pelbagai cara, sama ada dengan menyertai parti politik atau menyertai gerakan politik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.