Gangguan sistem KLIA sudah pulih tetapi belum stabil
Beberapa khidmat lapangan terbang KLIA seperti kaunter pendaftaran dan imigresen serta pengurusan bagasi sudah pulih sejak pagi tadi (23 Ogos).
KLIA, MALAYSIA: Beberapa khidmat lapangan terbang KLIA seperti kaunter pendaftaran dan imigresen serta pengurusan bagasi sudah pulih sejak pagi tadi (23 Ogos).
Namun Sistem Maklumat Penerbangan di lapangan terbang itu masih lagi mengalami gangguan dari masa ke masa.
Pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menyatakan pasukan mereka terus berusaha untuk menstabilkan sistem itu sejak pukul 6.00 pagi tadi.
Gangguan yang berlaku buat pertama kalinya itu, bermula sejak Rabu malam, menjejaskan sistem operasi utama KLIA sehingga menyebabkan kelewatan penerbangan.
Untuk menampung para penumpang yang terjejas MAHB menyediakan bas- bas tambahan, untuk melancarkan pergerakan penumpang dengan membawa mereka ke tapak pesawat tanpa pintu dari terminal dan sebaliknya.
Masa operasi KLIA juga dipanjangkan untuk menampung para penumpang yang terjejas.
Para penumpang dinasihati supaya berada di lapangan terbang sekurang-kurangnya empat jam sebelum waktu pesawat mereka dijadual berlepas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.